Mesyuarat JK Kemajuan dan Pembangunan PKG 03/2007

July 23, 2007

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada 20 Julai 2007 di Bilik Semarak, BTPN Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh 3 orang pegawai Unit Pengurusan PKG dan dipengerusikan oleh Pn. Nik Asma bt. Nik Ahmad, Ketua Unit PPKG. Turut serta ialah 9 orang ketua PTP PKG yang mewakili 9 daerah di negeri Selangor.

Banyak perkara yang telah dibincangkan terutamanya mengenai pembangunan PKG. Semua ahli mesyuarat telah mengambil bahagian yang aktif demi untuk kemajuan PKG di negeri ini.

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah

July 16, 2007

PKG Kalumpang akan melaksanakan program di atas selama 3 hari bermula dari 16 Julai sehingga 18 Julai 2007. Dua buah sekolah telah terpilih iaitu SK Hulu Bernam dan SMK Kalumpang.

Di dalam program ini, seramai 5 orang GPM daripada sekolah lain akan datang ke sekolah berkenaan dan membantu untuk melengkapkan apa sahaja yang perlu di PSS berkenaan. Program dijalankandari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Hello world!

July 10, 2007

head-buletin-pkg.jpgWelcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!